Sunday, December 19, 2010

kemalangan perit yg aku lalui

peh...patutnya aku mmg malas nk ulang citer ni...malah paling malas nk ungkit citer ni...tp mungkin pengajaran tuk aku.....pagi td pas beli sarapan aku kemalangan jalanraya...mmg silap aku dan akhirnya aku sendiri yg kena saman.....dr fakta dan teori aku ttp salah...but something tu notes......laki tu seolah2 bawak kereta tidak melihat jlan depan...aku dh hampir sampat ke jalan depan...sebenarnya aku dh selamat smp kat depan tp kereta tu bawak laju malahan....lebih ke belah kiri dalam keadaan tidak berhati2 dia melanggar pintu kereta...so dia cium kereta aku yg baru kena tinted tu...aduhai...nasib baik ada insuran but satu benda aku kena bayar lebih next insuran...xpela yg penting aku dengan mak aku selamat..... nasibaik aku masih bo bergerak dan masih lg bo cool dalam keadaan ni....gi report dia utung la....sbb keta buruk dia akan jadi baru.......lantakla dia tipu ke dia apa ke tuhan saja yg tahu...lebih2 lak masuk balai td....aduhai....sekarang benda ni dh setle...aku rasa dh ok kot..... repairla sebaik mungkin..... kalau dapat suami macam tu x payahla.....

Sunday, December 5, 2010

KursUs Sekali Lagi

hmm...xtau nk citer apa..tp byk perubahan yg sedang aku alami skg ni...entahla .....tetiba terbit rasa kasihan lak... ada macam2 yg berlaku.. rasa benda yg dtg dekat je..td beli blander ingat nk beli macam2 sementara tgu barang yg lebih baik tuk aku snediri...nk bel ibrg apa ek.? aku x kisah sgt sbb duit utk faedah dan duit dri asb akan kuar..aku xtau nk citer apa...

Sunday, November 14, 2010

peluang yg dtg

setaakt ni catatan aku ke kurss 2 kali dan 1x gi seminar ...kedua2 kurss tu byk benda yg aku belajar...dalam kaunseling aku belajar sesuati yg sangat berharga termasuk kurss ketua jurulatih .....bagai mana nk melahirkan team player yg mantap...cara nk coaching, management,ownership,leader dan sebagainya.....menjadi ketua sama ada ketua yg mementingkan perhubungan atau ketua yg mementing cabaran walhal benda2 ni kita wat dengan seimbg dengan situasi yg tepat...100% challenge + 100% relationshipy..tu paling best...malahan pelajaran plg penting ownership yg wujud dlm diri tu paling ptg... komitmen.

Wednesday, October 6, 2010

ada keje tp xtau nk wat keje

rasanya macam dh lama aku x wat blog ni.... kadang rasanya blog ni just sekadar diari...tp kalau diari kenapa mesti nk publish kat sume.....sbb nk sume org tau apa yg kita rasa...tu cara budak sekarang.... bo berkongsi dengan orang dia sendiri kenal berbanding dengan org yang paling rapat dengan mereka... apa pun yg penting penulisan tu tidak meyeleweng dari apa yang sepatutnya...sama ada tulisan tu sendiri memakan diri sendiri termasuk mengaibkan diri sendiri wlpn pn kita tau masih2 nk bagitau pendapat atau pandangan mereka sndiri...
yang pastinya minggu depan ada lah waktu dan hari yang penuh dengan kesibukan...sndiri pn x dapat di pastikan kesibukan yang macam mana .... mengikut jadual yang telah diberikan sekian lama .... jadual bermula pada pagi dan berakhir pada lewat minum malam... kali ni aku akan mengembara ke kursus kaunseling asas .... pasni bo psiko org la ni....hope dpt penilaian yang terbaik la...dapat aplikasikan dalam kehidupan terutamanya dalam kerjaya aku sebgai psikologi hahaha....sangatla.. untuk kursus kali ni bertembung dengan kursus RC yg ada kelainan dengan kurss sebelum ni...merupakan modul yang baru dimasukkan.... subjek tu pn psiko gak untuk kerjaya aku sendiri...budaya kerja tu..... mengajar budaya kerja tp kalau budaya kerja sendiri pn aduhai...sape nk jawab.... hope sumenya ok...yg penting kita sume happy

Wednesday, August 25, 2010

tertekan tul la

hari ada DKRT games tp entahla sakit ati tul aku tgk....pasal gara2 ramai sgt nk gi cucuk duit pastu terpaksa tgu dia sampai2 ......dekat 2 jam tggu...klu stat permainan kul 2 dh lama abis dh...menyampah tul la,ari tu x nk ami ksekarang ni terhegeh2 nk amik....benci tul la.

Friday, July 30, 2010

membina sebuah kehidupan

hah xde apa yg aku nak cerita...aku rindu sangat kat epy...sgt2 rindu..lama tul x jumpa dia...dekat setahun dh ni.....rindu x tertanggung....cuma aku bo sedekah al-fatihah bila aku teringat kat dia je. ni kat kem lagi.td baru escot budak hindu sembahyang....sekarang ni nk dekat musim wirajaya....tkl xde alhamdulillah....dia tu byk sgt masalah.kali ni aku dengan kawan2 nk wat perkara yg menyeronokkan.masa pasa ng khemah.nk wat khemah best skit.....malam tu ada bakar2 bbq.tunjukkan kat SLV yg kita bo wat tanpa bantuan diorg. dulu senang sekarang susah sgt nk mintak bantuan...klu ada tkl mahu dia mengamuk sbb x hiraukan sume ni.....berharap sangat kali ni wirajaya sgt best....aku dengan kawan2 nk bina khemah dr poncho....ah...x draw poncho lg ni....

Wednesday, June 30, 2010

langkah seiringan

lagu yg aku selalu dengar masa aku gaduh dan merajuk dgn buah hati ku......entahla setiap kali ada berlaku sesuatu mulalah teringat lagu yg ada kaitan dgn kita....sekarang ni kumpulan 3 dah masuk.agak pening gak la sebab diorang ni agak lambat dlm proses pembelajaran.tp paling penting iaitu diorg still nk belajar wlpn diorg lambat berbanding dengan kumpulan 1 yang dikatakan pandai tetapi ada ego nk belajar...diorg rasa benda ni tak penting pada diorg diorg dh cukup bagus...tp kumpulan ni diorg meletakkan diorg memakai tali pingang putih supaya diorg bo belajar dari mula...sbb kami sendiri pn belajar dari diorg sebenarnya.....diorg belajar ttg pengalaman hidup diorg sendiri dan melihat kembali cara kehidupan diorg dah kawan.

Friday, April 30, 2010

padamu ku bersujud

tajuk mmg canggih tp apa yg ingin aku ceritakan dalam blog ni adalah apa yg berlaku sepanjang kehilangan aku dalam duni blog ni aku sedang mencari ketenangan dalam diri. abis kump1 aku terus balik masuk kump 2 ni ada macam2 cerita bari yg mngkin menjadi teladan dan sempadan yg kukuh dengan kekuatan diri sendiri.ari ni aku baru tau yg ada kawan aku sanggup menjadi 2nd wife kepada orang dia care sangat.....xtaulah kenapa dia boleh berfikir sebegitu rupa.....hati aku tetap menolak apa yg erlaku apa yg aku bo wat yelah tidak menentang atau membantah atasa apa yg berlaku sbb pasal jodoh dan segala2nya adalah ketentuan tuhan...tp aku rasa sedikit gagal tidak dapat mengorek rahsia hatiku.bayangkan berapa ramai yg suka padanya tp dia memilih pasangan suami orang untuk jadi 2nd wife.....xrasa kesian kat anak2 dia yg lain.....tp mungkin masa tu dia x dapat berfikir dengan rasional dan dia hanya menemui lelaki itu sahaja yg maskulin dan gentle yg mengatakan sayang pada dia. sedangkan yg lain hanya menunggu sehingga sesuatu yg bukan pilihan berlaku.kenapa kita mensti nak bagi peluang yg ada...padahal lelaki tu dh ada kenangan yg lepas pada tahun2 lepas yg telah lama pergi..... entahlah kalau itu jodoh dia entah macam mana......ni dh timbul masalah baru

Monday, February 15, 2010

selamat tahun baru cina 2010

selamat menyambut tahun baru cina seluruh rakyat malaysia...sabtu ari tu aku bertolak dari rumah ke klng pukul 1045H so aku sampai kat klang ikut jalan bandar dalam pukul 3 petang.sebenarnya jalan dekat je...kira speed laju sbb rAmai yg dh blk kg dan xde org nk ke kl.entah macamn entah...aku smp gak kat sana.tido kt umah ain dengan lepak kat umah along.aku gi raya kat umah yap lay hoon..simple je umah dia.okla..lagipun ayah dia sakit lagi.nasib baik rezeki dia byk.pastu saje ingat nk jumpa sham...alamak dia gi pahang antar adik dia bersama rombongan meminang.siapla aku dengan soalan yg sham dh agak dh...watever la sham...pastu ada gak aku gegas ke lowyatt dh tutup ramai nk makan besar malam tu...yg paling best aku jumpa laptop apple yg 2nd 1800...2 platform tu....250G besar gak....bahagi partion pn dh 100G tgkla minggu ni aku gi beli.laptop lama aku motherboard dh hancur...

Tuesday, January 12, 2010

penat ada buddy macam ni

aduhai ni dah dekat masuk hari yang kelima kot.tapi dapat buddy yg hampeh.pelik tul dia dh mengajar dulu seblum dia pergi ke tot.sakit tul ni dapat buddy ni macam angin dengan tsunami tul...ni 1stime dapat buddy macm ni.sangat teruk.klu xde tot bolehla accept..budak nampak dia bodoh sangat...aku pn bukan ada gak bawak modul tp xlak teruk sangat pemahaman dengan modul ni. hari ni aku nk tgk dia deliver....hari ni pasal perjanjian antara kawan-kawan dgn diri sendiri.ni ada gak budak nk bercerita ttg perjanjian pasal cerita sambal.pening2..petang ni aku nk keluar la...pening kepala tul..

Sunday, January 10, 2010

DELiVer

dah start mengajar dh.sok masuk hari yg ke 4 aku mengajar kelas CB.kali ni budaknya terdiri daripada budak melaka dan seluruh negeri johor.nampaknya cara kali ini agak berbeza dengan kumpulan pertama yg sebelum ni.kali ni budak cina dan india yg berasal dari negeri melaka agak fasih berbahasa melayu dan jenis orang melaka ni ringan mula. so budak2 cina ni banyak cakapla. mungkin kadang2 mereka ni keturunan baba nyonya kot.berbanding budak cina dari negeri johor mereka ni tidak fasih berbahasa melayu dan tidak faham sekiranya ayat yg kami gunakan agak berbunga. tetapi cara pemikiran dan pemahaman orang cina melaka sama dengan orang melayu. nampak sangat budaya melayu melaka masih subur di hati rakyat negeri melaka.syabas melaka rakyat anda punya jatidiri sebagai rakyat tanah melayu yg kukuh dan kuat.biasa lah ketuanan di sana masih kuat lagi.sbb orang melaka ni masih berpegang teguh kepada budaya rakyat melaka itu buat aku mengagumi rakyat melaka berbanding rakyat johor yang rata2 kaum cina tidak fasih berbahasa melayu iaitu bahasa kebangsaan kita..yg hilang jatidiri bangsa malaysia

Sunday, January 3, 2010

keSibuKan MenGuranGkan TekanAn

kesibukan yg membelenggu hari ini dan semalam akhirnya tamat.kini bermula pula episod dalam hidup kita ttg tugasan harian yg akan berlangsung.malam ni penempatan yg budak2 kat dalam bilik.aku kena amik bdk kat dorm 7.alamat pindahla aku....bilik tu teruk sgtla.nanti dh nk start kelas pembinaan karakter lak......dapat gak buddy hope buddy

Friday, January 1, 2010

selamat tahun baru 2010

selamat tahun baru...ada azam baru...kerja baru sume baru...ni dh dekat kul 1 pagi...x tidur lagi sbb main game.sok kn jd penyelaras kat dataran segamat.aku...nora dan tok karim aku suh diorg bawah laptop...hope diorg bawak la...cas penuh2.sebab kali ni diorg sume refer sepenuhnya pada penyelaras PUP dengan CD dan laptop dari JLKN.dah xde resit atau tiket bas yg diorang gunakan.banyakla perubahan baru termasuk kenderaan rasmi jlkn utk sume kem.cantik sangat dan orang nampaknya jenama plkn ni.kira orang dh bukak mata besar2 tetang plkn ni.sebenarnya plknyg dilaksanakan selama 3 bulan tidak mampu ubah sesiapa pn.bayangkan family yg membela selama 18 tahun tidak mampu mengubah apa2 sifat yang tidak baik apatah lagi plkn 3 bulan..bukan nk kata negatif tp klu orang tuduh plkn tidak mampu mengubah langsung jatidiri remaja.mmg x bo dimaafkan...tp klu ada pelatih yg berubah menjadi yg lebih ia membukti keajaiban melalui perubahan itu..sok dengan lusa akan menjadi penyelaras dengan tkp.tak taula dia nk ajak siapa lak makan tengahari dengan dia.macam hari tu seperti biasa la.ada byk perubahan yg agak besar pada sistem tempat keje, orang mentadbirkan pn baru dan paling penting perubahan dalam institusi dalam kementerian.termsk bidang sumber manusia mereka HR, kewangan dan latihan. kebanyak kem tidak menerima jurulatih sambilan sume diserapkan terus manakala kewangan pelatih bukan lagi dibawah tangjwb PLKN dan BSN...untuk info kawan2 pelatih dia menggunakan bank agro..dan kewangan di perjabat tidak terlibat dalam pembahagian kewangan pelatih...selamat datang kepada sume sbb masing2 ada tugasan penting yg saling berkaitrapat sangat